Ancaman Penyakit Kardiovaskular

Salur darah sempit. Pengumpulan plak kolesterol yang bermula seawal umur 8 tahun boleh menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar

GENGGAM tangan kanan anda dan letakkan di dada. Itulah saiz jantung anda dan cuba bandingkan pula dengan saiz badan anda. Adakah anda rasa ia berpadanan?  Dalam dua tiga tahun kebalakangan ini, apakah kebaikan yang anda lakukan untuk jantung atau terus membirkannya bekerja keras sepanjang masa?

Bagi yang hampir memasuki gerbang 40-an, sudah sampai masanya untuk memberi perhatian dan memulakan aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan jantung kerana penduduk Asia (termasuk Malaysia) meninggal dunia 10 tahun lebih awal akibat penyakit jantung berbanding penduduk Barat.

Contoh yang dekat dengan kita ialah penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Mohamad Asri lbrahim, 40; pengarah filem, Yasmin Ahmad, 51; penyanyi Khairel Khamis, 53; bekas anggota kumpulan A To Z, Affendey Zainon, 39 dan pelakon terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, yang semuanya meninggal dunia akibat dua penyakit utama: serangan jantung dan angin ahmar.


Ini adalah realiti menakutkan tambahan lagi kebanyakan rakyat kita masih belum bersedia untuk berganjak daripada gaya hidup santai, kurang aktif dan sukar mengawal nafsu makan.

Semua faktor ini menyumbang kepada penurunan had umur hagi penyakit jantung di negara kita dan menurut Perunding Kardiologi Institut Jantung Ncgara (IJN), Datuk Dr Azhari Rosman, pesakit termuda yang pernah dirawat di IJN berusia 19.

Dr Azhari

Penyakit kardiovaskular atau jantung menjadi penyebab kepada satu pertiga kematian di seluruh dunia (30 peratus) mengatasi gabungan kematian akibat kanser, penyakit pernafasan kronik dan kencing manis (22 peratus) dan gabungan penyakit berjangkit, kematian bersalin dan kekurangan zat (30 peratus).

Lebilh membimbangkan ialah kadar kematian akibat penyakit jantung ini dicatatkan paling tinggi berlaku di kalangan penduduk Asia Pasifik dengan didahului penduduk India (1.53 bilion kes), China (702,925 kes) dan Russia (674,881 kes). Di rantau Asia Tenggara, penyakit jantung menjadi pembunuh numbor satu  di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Korea Selatan.

Penyakit kardiovaskular adalah istilah menggabungkan pelbagai masalah mebabitkan salur darah dan organ yang membekalkan darah serta oksigen.

Ia berlaku apabila salur darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang bermula seawal umur lapan tahun.

Pengumpulan plak ini lama kelamaan akan menjadi tebal dan menyempitkan laluan darah; akibatnya bekalan darah ke organ tidak mencukupi. Jika salur darah yang sempit ini adalah salur darah ke jantung, maka se seorang itu boleh mengalami serangan jantung. Jika salur darah yang terbabit adalah ke otak, maka kita boleh mengalami serangan angin ahmar alau strok.

Penyakit jantung juga menyebabkan dunia kehilangan 21 juta tahun kehidupan produktif bagi gabungan antara Brazil, India, China, Afrika Selatan dan Mexico. Di China contohnya, beban kesihatan dan ekonomi akibat penyakit jantung dianggarkan berjumlah RM153.8 juta setiap tahun.

Rasanya semua orang sudah tahu faktor risiko penyakit jantung iaitu tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, gemuk atau obes, kurang aktiviti fizikal dan merokok. Cuba kira berapa faktor risiko yang ada pada anda kerana biasanya seseorang itu mempunyai beberapa faktor risiko yang lebih mendekatkan kita kepada penyakit jantung.

Secara umumnya faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

• Faktor boleh diubah melalui perubahan gaya hidup – Ini termasuklah obesiti, merokok, kurang bersenam, prahipertensi (tekanan darah tinggi meningkat sedikit), paras gula darah meningkat (sebelum sampai ke peringkat diabetes dan hiperlipidemia (paras lipid atau Iemak dalam darah meningkat).

• Faktor yang boleh diubah melalui rawatan – Seperti penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi), kencing manis dan paras lemak dalam darah yang tinggi.

MeredithMenurut Pensyarah Kanan Farrmakologi Klinikal, Jabatan Perubatan Universiti Glasgow, Profesor Peter Meredith, individu yang mempunyai empat ciri ini: merokok, menghidap kencing manis, paras kolesterol keseluruhan melebihi 6.2 mmol/ L dan tekanan darah melebihi 160/100 mmHg dikategorikan sebagai kumpulan yang sangat berisiko mendapat sakit jantung.

Tekanan darah tinggi adalah penyumbang utama kepada kerosakan salur darah yang menyebabkan ia hilang fungsi yang secara langsung merangsang kepada pembentukan penyakit jantung. Kajian menunjukkan lebih satu perempat penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi, terutama di negara Asia Pasifik.

“Contohnya pada 2000, jumlah pesakit tekanan darah tinggi di China berjumlah 181.6 juta, India 118.2 juta dan gabungan Korea, Thailand dan Taiwan (71.4 juta) yang dijangka meningkat kepada 299.2 juta (China), 213.5 juta (India) dan 129.4 juta bagi gabungan tiga negara pada 2025. Ini adalah peningktan sebanyak 65 hingga 81 peratus yang tidak seharusnya dibiarkan berlarutan,” katanya pada bengkel persidangan Kafe Jantung Sedunia di Beijing anjuran Bayer HealthCare sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada 27 September 2009 (hari ini).

Masalahnya masih ramai yang tidak menganggap  teknan darah tinggi sebagai penyakit serius. Maka tidak hairanlah jika ramai yang tidak sedia melakukan perubahan gaya hidup atau menghentikan pengambilan ubat tanpa memberithu doktor. Malah, ada juga yang menganggap penyakit mereka ‘sembuh’ selepas mengamalkan rawatan alternatif.

Hakikatnya, kata Dr Meredith, tekanan darah tinggi adalah penyakit berbahaya jika tidak dirawat dengan baik kerana ia boleh menjejaskan seluruh sistem badan terutamanya:

• Mata (retinopati atau kebutaan)

• Otak (serangan angin ahmar atau strok)

• Buah pinggang (kerosakan buah pinggang)

• Jantung (serangan jantung)

• Salur darah (penyakit salur darah)

Satu lagi penyumbang utama penyakit jantung ialah diabetes atau kencing manis. Diabetes adalah penyakit kronik yang sentiasa berkembang dan bertambah buruk jika penjagaan serius tidak diambil daripada awal. Sekali lagi negara rantau Asia Pasifik mengalahkan negara Barat daripada jumlah pesakit diabetes dan pra diabetes (sebelum terjadinya penyakit iaitu apabila paras gula dalam darah menjadi tinggi). Keadaan ini lebih ketara di negara seperti India, China, Jepun dan Indonesia.

Dr Norman ChanProfesor Madya Jabatan Perubatan dan Terapeutik, Hospital Prince of Wales Hong Kong, Dr Norman Chan, berkata diabetes adalah penyakit global kepada semua latar belakang dan ia sudah menjadi satu wabak menakutkan, terutama di negara Asia berbanding negara Barat (rujuk jadual 2 dan 3).

“Diabetes dan sakit jantung adalah penyakit yang mempunyai kaitan rapat. Pesakit diabetes mempunyai risiko empat kali ganda mengalami penyakit jantung. Malah kos rawatan untuk pesakit jantung yang juga menghidap diabetes dua kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit jantung lain.

“Penyelidik menganggarkan 75 peratus daripada pesakit diabetes akan meninggal dunia akibat sakit jantung. Inilah sebabnya apabila disahkan menghidap diabetes pesakit perlu memulakan langkah penjagaan dan kawalan penyakit dari peringkat awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit, termasuk sakit jantung,” katanya.

Kawalan dan pencegahan

Menurut Dr Meredith, garis panduan antarabangsa untuk mengurangkan risiko penyakit jantung amat mudah iaitu:

• Mengekalkan berat badan yang seimbang

• Meningkatkan kekerapan dan tempoh bersenam (sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu, 30 minit setiap sesi)

• Mengelakkan pengambilan alkohol berlebihan

• Mengurangkan pengambilan garam

• Berhenti merokok

• Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Jika garis panduan ini dipatuhi, ia bukan saja menjauhkan kita daripada penyakit kardiovaskular malah mampu mengawal tekanan darah tinggi dan diabetes sekali gus. Bagaimanapun katanya dalam sesetengah pesakit, perubahan gaya hidup tidak mencukupi untuk mengawal penyakit mereka terutama bagi menurunkan tekanan darah.

Dalam keadaan begini, pesakit memerlukan terapi gabungan iaitu perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat. Ubat calcium channel blockers (CCB) seperti nefidipine pada dos rendah disarankan untuk pesakit yang berisiko tinggi atau sangat tinggi mendapat penyakit kardiovaskular.

Manakala bagi pesakit diabetes, ubat pil antidiabetik seperti acarbose boleh merendahkan paras gula selepas makan. Dr Chan berkata tahap gula selepas makan kini menjadi petanda penting dalam ukuran paras gula pesakit diabetes kerana paras gula yang tinggi selepas makan boleh memyumbang kepada kerosakan organ penting seperti jantung, buah pinggang dan otak.

Bagi pesakit yang pernah menjalani pembedahan jantung, ubat piawai yang digunakan di seluruh dunia ialah aspirin. Meskipun ia adalah ubat tertua tetapi ia amat berkesan untuk mencegah pengulangan serangan jantung, strok dan sakit dada melalui tindakannya menghalang pembentukan darah beku. Sehingga kini aspirin diguna pakai di 36 negara di seluruh dunia.

“Berdasarkan kajian di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Selatan, aspirin pada dos rendah disyorkan kepada lebih 85 peratus pesakit yang pernah mengalami serangan jantung. Walaupun kebanyakan pesakit tahu mengenai manfaat aspirin tetapi kepatuhan pengambilan ubat ini masih belum memuaskan iaitu antara 55 hingga 60 peratus saja.

“Aspirin seharusnya dijadikan ‘vitamin’ untuk jantung. Ia bukan saja murah tetapi boleh diperoleh dengan mudah. Memang boleh berlaku kerentangan terhadap aspirin (aspirin tidak lagi berkesan mengawal penyakit) tetapi kesnya amat rendah,” kata Dr Azhari.

Ada pihak yang cuba menuding jari menyalahkan kemunculan restoran makanan segera sebagai antara penyumbang kepada penyakit jantung tetapi tiga pakar ini sependapat bahawa setiap orang bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri. Setiap individu perlu bijak memilih makanan yang menyihatkan dan dilengkapkan dengan amalan bersenam.

Semua orang perlu sedar bahawa mereka juga boleh mendapat penyakit kardiovaskular. Semakin meningkat usia, semakin tinggilah peluang untuk mendapat penyakit ini. Ia adalah penyakit yang mengancam kita sepanjang hayat dan justeru itu penjagaan kesihatan juga perlulah dilakukan sepanjang hayat.

“Amalan gaya hidup sihat dan bersenam perlu dimulakan sejak kecil kerana plak kolesterol berkumpul dalam salur darah seawal umur lapan tahun. Bagi yang tidak pernah bersenam dan kurang menitikberatkan soal penjagaan makanan, mulakan sekarang kerana antara sebab utama penyakit jantung ialah kegemukan.

“Risiko penyakit jantung sentiasa berubah. Individu yang dulu berisiko tinggi boleh mengurangkan risikonya dengan perubahan gaya hidup.

Semakin berumur, keperluan untuk menjaga kesihatan dan bersenam semakin meningkat. Yang penting ialah setiap orang mesti mempunyai kemahuan untuk hidup sihat.

Beliau berkata, kemahuan mesti disertakan dengan tindakan.

“Tidak mengapa jika anda kurang bersenam tetapi dengan syarat anda mesti berhati-hati dan menjaga pemakanan,” katanya.

4life 9.2


Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply